Bilik berita

Sputnik V disahkan di 26 negara

Montenegro dan Saint Vincent serta Grenadines telah meluluskan Sputnik V.

Sputnik V adalah antara 3 vaksin koronavirus teratas yang diberikan paling banyak pengesahan pada peringkat global.

Moscow, Jumaat, 12 Februari 2021 – Russian Direct Investment Fund (RDIF, dana kekayaan berdaulat Rusia) mengumumkan kelulusan vaksin Sputnik V Rusia untuk membasmi koronavirus di Montenegro dan Saint Vincent serta Grenadines. Kesemuanya, 26 negara telah mengesahkan Sputnik V.

Saint Vincent dan Grenadines ialah negara pulau pertama di Caribbean untuk mendaftarkan Sputnik V.

Vaksin tersebut telah diluluskan di kedua-dua Montenegro dan Saint Vincent serta Grenadines di bawah prosedur pengesahan penggunaan kecemasan tanpa percubaan klinikal tempatan tambahan. Sputnik V adalah satu daripada tiga vaksin teratas dalam dunia dari segi bilangan kelulusan yang dikeluarkan oleh pengawal atur kerajaan.

Vaksin tersebut telah lebih awal diluluskan di Rusia, Belarus, Argentina, Bolivia, Serbia, Algeria, Palestin, Venezuela, Paraguay, Turkmenistan, Hungary, UAE, Iran, Republik Guinea, Tunisia, Armenia, Mexico, Nicaragua, Republika Srpska (entiti Bosnia dan Herzegovina), Lubnan, Myanmar, Pakistan, Mongolia dan Bahrain.

Kirill Dmitriev, CEO bagi Russian Direct Investment Fund, berkata:

“Menjelang akhir minggu ini Sputnik V telah diluluskan di 26 negara di Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Amerika Utama melebihi rancangan yang diumumkan oleh RDIF kelmarin. Data klinikal yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet telah menunjukkan keberkesanan dan keselamatan tinggi vaksin ini, yang juga mudah untuk diedarkan dan harganya adalah berpatutan. Sputnik V diiktiraf pada peringkat global sebagai satu daripada vaksin penting yang akan membantu untuk melindungi manusia dan kembali kepada kehidupan yang biasa.”

Sputnik V mempunyai beberapa kelebihan penting:

  • Keberkesanan Sputnik V adalah 91.6% sebagaimana yang telah disahkan oleh data yang diterbitkan dalam the Lancet, salah satu daripada jurnal perubatan yang tertua dan paling dihormati dalam dunia; vaksin ini adalah satu daripada hanya tiga vaksin di dalam dunia yang mempunyai keberkesanan yang melebihi 90%; Sputnik V menyediakan perlindungan penuh daripada kes COVID-19 yang teruk.

  • Vaksin Sputnik V adalah berdasarkan platform yang terbukti dan platform vektor adenovirus manusia yang dikaji dengan baik, yang menyebabkan selesema biasa dan telah ada selama beribu-rubu kali.

  • Sputnik V menggunakan dua vektor yang berbeza untuk dua suntikan dalam tempoh pemvaksinan, menyediakan imuniti dengan tempoh masa yang lebih daripada vaksin yang menggunakan mekanisme penghantaran yang sama untuk kedua-dua suntikan.

  • Keselamatan, keberkesanan dan ketiadaan kesan jangka panjang negatif daripada vaksin adenovirus telah dibuktikan oleh lebih daripada 250 kajian klinikal sepanjang dua dekad.

  • Pembangun vaksin Sputnik V sedang bekerjasama dengan vaksin AstraZeneca dalam percubaan klinikal bersama untuk meningkatkan keberkesanan vaksin AstraZeneca.

  • Tiada alahan kuat yang berpunca daripada Sputnik V.

  • Suhu penyimpanan Sputnik V pada suhu +2+8 C vaksin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk konvensional tanpa apa-apa keperluan untuk melabur dalam infrastruktur rantaian sejuk tambahan.

  • Harga Sputnik V adalah kurang daripada $10 bagi setiap suntikan, menjadikannya mampu dimiliki di seluruh dunia.

***

Russian Direct Investment Fund (RDIF) ialah dana kekayaan berdaulat Rusia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membuat pelaburan bersama ekuiti secara utamanya di Rusia, bersama-sama pelabur kewangan dan strategik antarabangsa yang bereputasi. RDIF bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan langsung dalam ekonomi Rusia. Syarikat pengurusan RDIF terletak di Moscow. Pada masa ini, RDIF telah mengalami pelaksanaan bersama yang berjaya daripada lebih 80 projek dengan rakan kongsi asing yang berjumlah lebih daripada RUB2 tn dan meliputi 95% daripada rantau Persekutuan Rusia. Syarikat portfolio RDIF menggajikan lebih daripada 800,000 orang dan menjana hasil yang bersamaan dengan lebih daripada 6% daripada GDP Rusia. RDIF telah mewujudkan perkongsian strategik bersama dengan pelabur bersama antarabangsa maju dari lebih daripada 18 negara dengan jumlah lebih daripada $40 bn. Maklumat lanjut boleh didapati rdif.ru

Untuk hubungan maklumat tambahan:

Alexey Urazov
Russian Direct Investment Fund
Pengarah Komunikasi Luar

Telefon bimbit: +7 915 312 76 65
E-mail: [email protected]

Andrew Leach / Maria Shiryaevskaya
Hudson Sandler

Tel: +44 (0) 20 7796 4133

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!