Perihal Sputnik V

Perihal Sputnik V

Sputnik V ialah vaksin pertama dunia yang didaftarkan pada platform vektor adenovirus manusia yang telah diselidiki dengan baik. Vaksin ini telah diluluskan di 71 negara dengan jumlah keseluruhan penduduk daripada 4 bilion.

Nama vaksin ini diberikan sempena satelit angkasa Soviet yang pertama. Pelancaran Sputnik 1 pada tahun 1957 memberikan dorongan baharu kepada penerokaan angkasa lepas di seluruh dunia, lalu terciptalah Sputnik Moment (Detik Sputnik) untuk komuniti global.

Keberkesanan vaksin ini ialah 97.6%, berdasarkan analisis data terhadap insiden koronavirus dalam kalangan warga Rusia yang divaksin dengan kedua-dua komponen vaksin antara 5 Disember 2020 dan 31 Mac 2021.

Percubaan klinikal fasa 1 dan fasa 2 untuk vaksin telah diselesaikan pada 1 Ogos 2020. Keputusan percubaan klinikal Fasa 3 telah diterbitkan di Rusia dalam majalah Lancet pada 2 Februari 2021. Percubaan klinikal Fasa 3 Sputnik V juga telah berjaya di UAE, India, Venezuela dan Belarus.

Vaksin Sputnik V adalah berdasarkan platform vektor adenovirus manusia yang dikaji dengan baik dan terbukti keberkesanannya; vektor ini menyebabkan selesema biasa dan telah menghantui seluruh manusia selama beribu-ribu tahun.

Sputnik V merupakan vaksin koronavirus pertama yang menggunakan pendekatan penggalak heterogen berdasarkan 2 vektor yang berbeza untuk 2 suntikan vaksin. Pendekatan ini menjanakan imuniti yang lebih mapan berbanding vaksin yang menggunakan mekanisme penghantaran yang sama untuk kedua-dua suntikan.

Keselamatan, keberkesanan dan ketiadaan kesan negatif jangka panjang daripada vaksin adenovirus telah dibuktikan dalam lebih daripada 250 kajian klinikal sepanjang dua dekad.

Sputnik V tidak menyebabkan alahan yang teruk.

Penyimpanan vaksin pada suhu +2…+8 °C membolehkan vaksin ini disimpan di dalam peti sejuk biasa tanpa perlu melabur dalam infrastruktur rantaian sejuk tambahan.

Sputnik V adalah berkesan terhadap strain baharu koronavirus, mengikut kajian oleh Gamaleya Research Institute for Epidemiology and Microbiology yang diterbitkan dalam majalah antarabangsa unggul Vaccines.

Vaksin ini menghasilkan titer antibodi peneutral perlindungan daripada strain baharu, termasuk Alpha B.1.1.7 (pertama kali dikenal pasti di UK), Beta B.1.351 (pertama kali dikenal pasti di Afrika Selaatan), Gamma P.1 (pertama kali dikenal pasti di Brazil), Delta B.1.617.2 and B.1.617.3 (pertama kali dikenal pasti di India) dan varian B.1.1.141 dan B.1.1.317 dengan mutasi dalam domain reseptor-pengikat (RBD) yang dikenal pasti di Moscow.

Kajian makmal awal oleh Pusat Gamaleya menunjukkan bahawa Sputnik V menunjukkan aktiviti peneutralan virus yang tinggi terhadap varian Omicron dan dijangka melindungi daripada kes yang teruk dan perlu berada di dalam hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sputnik V telah menunjukkan pengurangan 3-7x ganda dalam aktiviti peneutralan virus terhadap Omicron berbanding data daripada vaksin terkemuka lain.

Sijil Pendaftaran Kementerian Kesihatan

Sputnik V vaccine
Sputnik V vaccine

CARA VAKSIN BERASASKAN VEKTOR ADENOVIRAL BERTINDAK

"Vektor" adalah kenderaan yang boleh membawa bahan genetik daripada virus lain ke dalam sel. Gen dari adenovirus yang menyebabkan jangkitan, dikeluarkan sementara gen dengan kod protein daripada pancang virus lain dimasukkan. Elemen yang dimasukkan ini selamat untuk tubuh, tetapi masih membantu sistem imun untuk bertindak balas dan menghasilkan antibodi yang melindungi kita daripada jangkitan.

Platform teknologi vektor berasaskan adenovirus menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk mencipta vaksin baharu dengan mengubah vektor pembawa awal dengan bahan genetik daripada virus baharu yang muncul yang membantu mencipta vaksin baharu dalam waktu yang agak singkat. Vaksin seperti ini menimbulkan tindak balas yang kuat daripada sistem imun manusia.

Adenovirus manusia dianggap sebagai antara yang paling mudah dicipta dengan cara ini dan oleh itu ia menjadi sangat popular sebagai vektor.

Ketahui lebih lanjut tentang cara vaksin vektor berasaskan adenovirus bertindak

Ketahui lebih lanjut tentang pengalaman kejayaan Pusat Gamaleya mengenai pembangunan vaksin menentang Ebola berdasarkan vektor adenovirus



Kelebihan pendekatan imunisasi galak utama

Kelebihan pendekatan imunisasi galak utama

Sputnik V vaccine Sputnik V vaccine

KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN

Selepas bermulanya pandemik COVID-19, para penyelidik Rusia mengekstrak serpihan bahan genetik daripada novel coronavirus SARS-COV-2 yang mengekodkan maklumat tentang struktur pancang protein-S yang membentuk "mahkota" virus dan bertanggungjawab untuk hubungan dengan sel manusia. Mereka memasukkannya ke dalam vektor adenovirus yang dikenali untuk dihantar ke sel manusia mencipta vaksin COVID-19 yang pertama di dunia.

Dalam usaha untuk memastikan imuniti berpanjangan, ahli sains Rusia datang dengan idea kejayaan untuk menggunakan dua jenis vektor adenovirus (rAd26 dan rAd5) untuk vaksinasi pertama dan kedua, meningkatkan kesan vaksin.

Penggunaan adenovirus manusia sebagai vektor adalah selamat kerana virus yang menyebabkan selesema biasa ini bukanlah sesuatu yang baharu dan telah wujud selama ribuan tahun.

Keberkesanan Sputnik V daripada COVID-19 telah dilaporkan pada 91.6%. Angka tersebut adalah berdasarkan analisis data pada 19,866 sukarelawan, yang menerima kedua-dua dos pertama dan kedua vaksin Sputnik V atau plasebo pada titik kawalan akhir daripada 78 kes COVID-19 yang disahkan. Keberkesanan Sputnik V telah disahkan melalui data yang telah disemak oleh kelompok setara peringkat antarabangsa yang diterbitkan dalam The Lancet.

KEBERKESANAN TERHADAP STRAIN BAHARU

Pada 12.07.2021, sebuah kajian tentang keberkesanan Sputnik V terhadap strain koronavirus baharu telahditerbitkan dalam majalah antarabangsa unggul Vaccines oleh Gamaleya Research Institute for Epidemiology and Microbiology.

Vaksin ini menghasilkan titer antibodi peneutral perlindungan daripada strain baharu, termasuk Alpha B.1.1.7 (pertama kali dikenal pasti di UK), Beta B.1.351 (pertama kali dikenal pasti di Afrika Selaatan), Gamma P.1 (pertama kali dikenal pasti di Brazil), Delta B.1.617.2 and B.1.617.3 (pertama kali dikenal pasti di India) dan varian B.1.1.141 dan B.1.1.317 dengan mutasi dalam domain reseptor-pengikat (RBD) yang dikenal pasti di Moscow.

Metolodi kajiannya adalah berdasarkan penilaian aktiviti peneutral virus (VNA) menggunakan virus hidup, yang memberikan data yang paling boleh dipercayai dan adalah standard yang diterima. Kajian ini membandingkan VNA serum manusia selepas divaksin dengan Sputnik V pada sampel strain global dengan VNA terhadap strain asal berbanding B.1.1.1. Serum telah disampelkan daripada individu yang telah terimun dengan kedua-dua komponen Sputnik V.

Data yang diperoleh menunjukkan bahawa Sputnik V mengekalkan sifat perlindungannya daripada strain baharu. Pengurangan dalam aktiviti peneutral virus Sputnik V terhadap beberapa strain adalah jauh lebih rendah berbanding data yang diterbitkan oleh pengeluar vaksin lain yang pada awalnya mengesahkan keberkesanan vaksin mereka terhadap mutasi koronavirus baharu.

Rusia ialah pengeluar vaksin yang paling dipercayai, dengan Sputnik V merupakan vaksin yang paling diiktiraf, mengikut undian YouGov

SALAH SATU KAJI SELIDIK VAKSIN GLOBAL TERBESAR YANG DIJALANKAN OLEH YOUGOV DI 11 BUAH NEGARA DAN YANG PERTAMA DI TIMUR TENGAH DAN ASIA TENGGARA

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!