Bilik berita

OP-ED TERLARANG: VAKSIN SPUTNIK SEBAGAI PERKONGSIAN GLOBAL YANG MENYELAMATKAN NYAWA

Nukilan pendapat ini yang menceritakan kisah di sebalik penciptaan vaksin Rusia menentang COVID-19 dan menekankan kesediaan Rusia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa, telah ditolak oleh semua media Barat terkemuka. Oleh itu, kami memutuskan untuk menerbitkannya sebagaimana asal untuk berkongsi pandangan kami dengan khalayak antarabangsa dan untuk menghapuskan sekatan yang dikenakan terhadap maklumat positif mengenai vaksin COVID-19 Rusia. Kami memberi hak kepada semua media untuk menerbitkan semula pendapat berbeza ini jika mereka mendapati ia berguna untuk menerangkan tentang sejarah dan fakta mengenai vaksin coronavirus pertama yang didaftarkan di dunia kepada pembaca mereka. Kami percaya maklumat ini sangat penting kepada usaha antarabangsa untuk memerangi cabaran terbesar dunia dan mahu pembaca memutuskan sendiri sebab pendapat berbeza ini ditolak. Kami juga telah melancarkan laman web sputnikvaccine.com untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai vaksin ini.

Kejayaan Rusia dalam membangunkan vaksin COVID-19 adalah berdasarkan sejarah

"Detik Sputnik" telah berlaku. Vaksin Rusia "Sputnik V" telah dilancarkan menjadi vaksin COVID-19 pertama yang didaftarkan di dunia dan membangkitkan memori pelancaran kejutan satelit Soviet pada tahun 1957 yang membuka ruang kepada eksplorasi oleh manusia. Era baharu ini bukan sahaja membawa kepada persaingan, tetapi juga kepada pelbagai usaha kerjasama, termasuk misi bersama Apollo-Soyuz oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Vaksin COVID-19 adalah keutamaan nombor satu dunia dan banyak negara, organisasi dan syarikat mendakwa mereka hampir membangunkannya. Menjelang akhir tahun ini, beberapa negara lain mungkin akan memiliki vaksin mereka tersendiri. Ia penting untuk halangan politik tidak menyekat teknologi terbaik yang ada untuk digunakan bagi kepentingan semua orang dalam menghadapi cabaran paling serius yang pernah dihadapi oleh manusia dalam beberapa dekad.

Sayangnya, daripada mengkaji sains di sebalik platform vaksin berasaskan vektor adenoviral yang telah dibangunkan oleh Rusia, sesetengah ahli politik dan media antarabangsa memilih untuk memberi tumpuan kepada politik dan usaha untuk merosakkan kredibiliti vaksin Rusia. Kami percaya bahawa pendekatan seperti ini tidak produktif dan menuntut "gencatan senjata" politik terhadap vaksin dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Ia tidak diketahui secara meluas di seluruh dunia bahawa Rusia adalah salah satu daripada pemimpin global dalam penyelidikan vaksin selama berabad-abad. Maharani Rusia, Catherine the Great menetapkan contoh pada tahun 1768 apabila beliau menerima pemvaksinan cacar pertama di negara ini, 30 tahun sebelum pemvaksinan pertama dilakukan di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1892, saintis Rusia Dmitri Ivanovsky telah memerhatikan kesan yang luar biasa semasa mengkaji daun tembakau yang dijangkiti penyakit mozek. Daun itu kekal berjangkit walaupun saintis telah menyaring bakteria. Walaupun masih hampir separuh abad sebelum virus pertama dapat dilihat melalui mikroskop, penyelidikan Ivanovsky telah melahirkan sains baharu yang disebut virologi.

Sejak penemuan Ivanovsky, Rusia telah menjadi salah satu daripada pemimpin global dalam penyelidikan virologi dan vaksin, menghasilkan sejumlah saintis berbakat seperti penyelidik Nikolay Gamaleya yang belajar di makmal ahli biologi Perancis, Louis Pasteur di Paris dan membuka stesen pemvaksinan kedua di dunia untuk rabies di Rusia pada tahun 1886.

Kesatuan Soviet terus menyokong penyelidikan virus dan vaksin. Setiap orang yang dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua menerima pemvaksinan wajib untuk mencegah polio, tuberkulosis dan difteria. Dalam contoh yang jarang berlaku semasa kerjasama era Perang Dingin, tiga ahli virologi Soviet terkemuka pergi ke Amerika Syarikat pada tahun 1955 untuk menawarkan peluang ujian di Kesatuan Soviet untuk vaksin A.S. terhadap polio, penyakit membawa maut yang meragut berjuta-juta nyawa. Jika kita boleh bekerjasama pada masa itu, kita boleh dan mesti melakukannya lagi sekarang.

Usaha puluhan tahun oleh ahli sains Rusia dan Soviet membawa kepada penciptaan infrastruktur penyelidikan yang cemerlang, seperti Pusat Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan yang dinamakan sempena Nikolai Gamaleya. Infrastruktur ini terdiri daripada salah satu "pustaka virus" terkaya di dunia, dibuat menggunakan teknik pemeliharaan yang unik, sehingga pusat pembiakan haiwan eksperimen. Kami bangga dengan legasi ini yang membolehkan kami mencipta vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan di dunia. Kami telah menerima permintaan antarabangsa untuk 1 bilion dos vaksin kami dan mencapai perjanjian antarabangsa untuk menghasilkan 500 juta dos setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkannya.

RAHSIA SEBENAR

Hari ini, banyak media dan ahli politik Barat mempersoalkan kepantasan penghasilan vaksin COVID-19 di Rusia, menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan dan kesahihannya. Rahsia di sebalik kepantasan ini adalah kepakaran Rusia dalam penyelidikan vaksin. Sejak tahun 1980-an, Pusat Gamaleya telah mengetuai usaha untuk membangunkan platform teknologi menggunakan adenovirus yang ditemui dalam adenoid manusia dan biasanya menyebarkan selesema biasa sebagai "vektor" atau kenderaan yang boleh mendorong bahan genetik daripada virus lain kepada sel. Gen daripada adenovirus yang menyebabkan jangkitan dikeluarkan, sementara gen dengan kod protein daripada virus lain dimasukkan. Elemen yang dimasukkan ini kecil, bukan bahagian berbahaya virus dan selamat untuk tubuh, tetapi masih membantu sistem imun untuk bertindak balas dan menghasilkan antibodi yang melindungi kita daripada jangkitan.

Platform teknologi vektor berasaskan adenovirus menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk menghasilkan vaksin baharu dengan mengubah suai vektor pembawa awal dengan bahan genetik daripada virus yang baru muncul. Vaksin seperti ini mencetuskan tindak balas yang kuat daripada tubuh manusia untuk membina imuniti tubuh, manakala proses keseluruhan pengubahsuaian vektor dan pembuatan skala perintis hanya mengambil masa beberapa bulan.

Adenovirus manusia dianggap paling mudah untuk dibuat dengan cara ini dan oleh itu ia menjadi sangat popular sebagai vektor. Sejak bermulanya wabak COVID-19, semua penyelidik Rusia hanya perlu mengekstrak gen pengekodan daripada pancang coronavirus novel dan menanamnya ke dalam vektor adenovirus biasa untuk dihantar ke sel manusia. Mereka memutuskan untuk menggunakan teknologi yang sudah terbukti dan tersedia ini daripada mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan.

Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa dua suntikan vaksin diperlukan untuk mewujudkan imuniti yang berpanjangan. Sejak tahun 2015, para penyelidik Rusia telah mengusahakan pendekatan dua vektor, seterusnya membawa kepada idea untuk menggunakan dua jenis vektor adenoviral, Ad5 dan Ad26, dalam vaksin COVID-19. Dengan cara ini, ia memperdaya badan yang telah membangunkan imuniti terhadap jenis vektor pertama, dan meningkatkan kesan vaksin dengan suntikan kedua menggunakan vektor berbeza. Ia seperti dua kereta api yang berusaha menghantar muatan penting ke benteng tubuh manusia yang memerlukan penghantaran untuk mula menghasilkan antibodi. Anda memerlukan kereta api kedua untuk memastikan kargo sampai ke destinasinya. Kereta api kedua hendaklah berbeza daripada yang pertama, kereta api yang sudah diserang oleh sistem imun badan dan sudah biasa dengannya. Jadi, sementara pembuat vaksin lain hanya mempunyai satu kereta api, kami mempunyai dua kereta api.

Dengan pendekatan dua vektor ini, Pusat Gamaleya turut membangunkan dan mendaftarkan vaksin mencegah demam Ebola. Vaksin ini telah digunakan pada beberapa ribu orang sejak beberapa tahun lalu dan mewujudkan platform vaksin terbukti yang digunakan untuk vaksin COVID-19. Kira-kira 2,000 orang di Guinea telah menerima suntikan vaksin Gamaleya pada tahun 2017-18 dan Pusat Gamaleya mempunyai paten antarabangsa untuk vaksin Ebola.

PENDEKATAN DUA VEKTOR

Pusat Gamaleya menggunakan vektor adenoviral untuk membangunkan vaksin mencegah influenza dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS). Kedua-dua vaksin kini berada dalam peringkat lanjutan percubaan klinikal. Pencapaian ini menunjukkan bahawa makmal Rusia tidak membuang masa mereka pada beberapa dekad yang lalu sementara industri farmaseutikal antarabangsa sering mempertikaikan kepentingan penyelidikan vaksin baharu semasa tiada ancaman kesihatan global sebelum wabak COVID-19.

Negara lain mengikuti jejak kami dalam membangunkan vaksin berasaskan vektor adenoviral. Universiti Oxford menggunakan adenovirus daripada monyet yang belum pernah digunakan dalam vaksin yang diluluskan sebelum ini, tidak seperti adenovirus manusia. Syarikat A.S. Johnson & Johnson menggunakan adenovirus Ad26 dan CanSino China - adenovirus Ad5, vektor sama yang digunakan oleh Pusat Gamaleya, tetapi mereka masih belum menguasai pendekatan dua vektor. Kedua-dua syarikat ini telah menerima pesanan vaksin yang banyak daripada kerjaan mereka.

Penggunaan dua vektor adalah teknologi unik yang dibangunkan oleh ahli sains Pusat Gamaleya, ini membezakan vaksin Rusia daripada vaksin berasaskan vektor adenovirus lain yang sedang dibangunkan di seluruh dunia. Vaksin berasaskan vektor adenoviral juga mempunyai kelebihan yang jelas berbanding teknologi lain seperti vaksin mRNA.

Prospektif vaksin mRNA yang sedang menjalani percubaan klinikal di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, tidak menggunakan vektor untuk penghantaran dan mewakili molekul RNA dengan kod protein coronavirus yang dibalut dalam membran lipid. Teknologi ini baik, tetapi kesan sampingannya, terutama kesan kepada kesuburan belum lagi dikaji secara mendalam. Tiada vaksin mRNA yang telah menerima kelulusan kawal selia di dunia. Kami percaya bahawa dalam perlumbaan vaksin global untuk memerangi coronavirus, vaksin berasaskan vektor adenovirus akan menjadi pemenang, bahkan dalam kategori ini vaksin Gamaleya memiliki kelebihan.

BERHADAPAN DENGAN KERAGUAN

Vaksin Rusia ini kini sudah sedia dan didaftarkan. Dua fasa pertama percubaan klinikal telah berakhir dan keputusannya akan diterbitkan pada bulan ini selaras dengan keperluan antarabangsa. Dokumen-dokumen ini akan memberi maklumat terperinci tentang vaksin, termasuk tahap antibodi yang tepat seperti yang ditunjukkan oleh beberapa ujian pihak ketiga serta ujian proprietari Gamaleya yang mengenal pasti antibodi yang paling berkesan menyerang pancang coronavirus. Ia juga akan menunjukkan bahawa semua peserta percubaan klinikal membentuk 100 peratus imuniti terhadap COVID-19. Kajian ke atas hamster Syria, haiwan yang biasanya maut akibat COVID-19, menunjukkan perlindungan 100% dan ketiadaan kerosakan paru-paru setelah menerima dos jangkitan yang boleh menyebabkan maut. Selepas pendaftaran, kami akan menjalankan percubaan klinikal antarabangsa di 3 buah negara lain. Pengeluaran vaksin secara besar-besaran dijangka bermula pada bulan September dan kami sudah melihat minat global yang kuat terhadap vaksin tersebut.

Keraguan di kalangan media antarabangsa dan ahli politik telah muncul setelah Rusia mengumumkan rancangannya untuk pengeluaran vaksin COVID-19 secara besar-besaran. Semasa saya bercakap dengan media Barat, ramai yang enggan memasukkan fakta penting mengenai penyelidikan vaksin COVID-19 Rusia dalam cerita mereka. Kami memandang keraguan ini sebagai satu percubaan untuk melemahkan usaha kami dalam membangunkan vaksin yang berfungsi, yang akan menghentikan pandemik ini dan membantu untuk membuka semula ekonomi global.

Ini bukan kali pertama Rusia berhadapan dengan ketidakpercayaan antarabangsa terhadap kepemimpinannya dalam bidang sains apabila politik menghalang kemajuan saintifik dan membahayakan kesihatan awam. Semasa wabak polio di Jepun pada tahun 1950-an, ibu-ibu di Jepun yang anak-anaknya mati akibat polio, pergi membuat demonstrasi terhadap kerajaan mereka sendiri yang melarang import vaksin polio Soviet atas sebab-sebab politik. Penunjuk perasaan tersebut mencapai matlamat mereka dan larangan itu ditarik balik dan menyelamatkan nyawa lebih daripada 20 juta kanak-kanak Jepun.

Hari ini, politik sekali lagi menghalang teknologi Rusia yang dapat menyelamatkan nyawa di seluruh dunia. Rusia terbuka kepada kerjasama antarabangsa dalam memerangi pandemik ini dan pandemik di masa hadapan. Dalam ucapan seorang perwakilan Soviet pada persidangan antarabangsa mengenai vaksin polio di Washington pada tahun 1960 yang berkata sebagai jawapan kepada pertanyaan daripada khalayak ramai mengenai keselamatan vaksin, kami di Rusia “menyayangi anak-anak kami dan prihatin terhadap kesejahteraan mereka sama seperti orang-orang di Amerika Syarikat, atau bahagian lain di dunia untuk anak-anak mereka”. Setelah jawapan ini, delegasi Soviet tersebut menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan kerjasama vaksin diteruskan. Kesejahteraan dan kemakmuran untuk generasi akan datang adalah perkara yang perlu kita fikir sekarang. Semua negara di dunia perlu meninggalkan politik dan fokus kepada mencari penyelesaian dan teknologi terbaik untuk melindungi nyawa dan meneruskan aktiviti ekonomi. Dana kami telah memperoleh kerjasama pembuatan di 5 buah negara untuk bersama-sama menghasilkan vaksin Rusia ini. Mungkin pada suatu ketika, berkat perkongsian ini dalam memerangi COVID-19, kita juga dapat mengkaji dan meninggalkan sekatan yang bermotifkan politik terhadap hubungan antarabangsa yang sudah ketinggalan zaman dan merupakan halangan terhadap usaha bersepadu dalam menangani cabaran global.

Kirill Dmitriev ialah ketua pegawai eksekutif Dana Pelaburan Langsung Rusia, dana kekayaan negara dengan pengurusan $50 bilion.


RUJUKAN DAN PAUTAN

Laman web vaksin "Sputnik V"

sputnikvaccine.com

Artikel pendapat di dalam majalah Newsweek oleh Kirill Dmitriev, Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, "Apa yang Rusia betul mengenai coronavirus - dan apa yang dapat dikongsikannya kepada dunia".

https://www.newsweek.com/russia-got-right-coronavirus-covid-19-share-world-1517541


Vaksin COVID-19 Pusat Gamaleya

Percubaan klinikal:

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04437875?term=Gamaleya&draw=2&rank=2

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04436471?term=Gamaleya&draw=2&rank=3

Vaksin Ebola Pusat Gamaleya

Percubaan klinikal:

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03428347?term=Gamaleya&draw=2&rank=10

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03072030?term=GamEvac&draw=2&rank=1

Paten antarabangsa:

Paten antarabangsa WO2016130047A1 Ubat dan kaedah imunobiologi untuk menggunakan yang sama untuk mendorong imuniti spesifik terhadap virus Ebola - https://patentscope.wipo.int/search/en/detail.jsf?docId=WO2016130047

Sijil pendaftaran Kementerian Kesihatan Rusia:

http://grls.rosminzdrav.ru/Grls_View_v2.aspx?routingGuid=a52736b8-b1ac-408c-a2c1-3fb82c941267&t=

http://grls.rosminzdrav.ru/Grls_View_v2.aspx?routingGuid=a52736b8-b1ac-408c-a2c1-3fb82c941200&t=

http://grls.rosminzdrav.ru/Grls_View_v2.aspx?routingGuid=3974b1cc-27ed-4032-94ec-8c897f2421d3&t=

Penerbitan saintifik:

Dolzhikova IV, Zubkova OV, Tukhvatulin AI, et al. Safety and immunogenicity of GamEvac-Combi, a heterologous VSV- and Ad5-vectored Ebola vaccine: An open phase I/II trial in healthy adults in Russia. Hum Vaccin Immunother. 2017 - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5360131/

Dolzhikova IV, Tokarskaya EA, Dzharullaeva AS, et al. Virus-Vectored Ebola Vaccines. Acta Naturae. 2017. - http://actanaturae.ru/2075-8251/article/view/10364


Pautan berguna:

Petikan daripada mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Global mengenai Keselamatan Vaksin pada 5-6 Jun 2019 yang diterbitkan dalam Rekod Epidemiologi Mingguan Organisasi Kesihatan Sedunia pada 12 Julai 2019 https://www.who.int/vaccine_safety/committee/topics/ebola/Jul_2019/en/

Siaran akhbar Kementerian Luar Negeri Rusia mengenai percubaan klinikal pascapendaftaran vaksin Ebola Rusia Gam Evac Combi di Guinea. https://www.mid.ru/en/main_en/-/asset_publisher/G51iJnfMMNKX/content/id/2838077

Rusia dan Rusal melengkapkan pemvaksinan Ebola di Guinea. Teknologi Farmaseutikal. https://www.pharmaceutical-technology.com/news/rusal-ebola-vaccinations-in-guinea/


VAKSIN MERS GAMALEYA

Percubaan klinikal:

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04130594?term=Gamaleya&draw=2&rank=4

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04128059?term=Gamaleya&draw=2&rank=5

Paten Persekutuan Rusia:

https://yandex.ru/patents/doc/RU2709659C1_20191219

Penerbitan saintifik:

Ozharovskaia TA, Zubkova OV, Dolzhikova IV, et al. Immunogenicity of Different Forms of Middle East Respiratory Syndrome S Glycoprotein. Acta Naturae. 2019;11(1):38-47. - http://actanaturae.ru/2075-8251/article/view/10302/106


VAKSIN INFLUENZA

Percubaan klinikal:

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04034290?term=Gamaleya&draw=2&rank=7

https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03651544?term=Gamaleya&draw=2&rank=9

Penerbitan saintifik:

Tutykhina I, Esmagambetov I, Bagaev A, et al. Vaccination potential of B and T epitope-enriched NP and M2 against Influenza A viruses from different clades and hosts. Published 2018 Jan 29. - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5788337/

Tutykhina IL, Sedova ES, Gribova IY, et al. Passive immunization with a recombinant adenovirus expressing an HA (H5)-specific single-domain antibody protects mice from lethal influenza infection. Antiviral Res. 2013;97(3):318-328. doi:10.1016/j.antiviral.2012.12.021 - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23274786/

Tutykhina IL, Logunov DY, Shcherbinin DN, et al. Development of adenoviral vector-based mucosal vaccine against influenza. 2011. J Mol Med (Berl). - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21104066/

Paten antarabangsa:

Paten WO2013129961A1 Vaksin trivalen rekombinan terhadap influenza manusia. - https://patentimages.storage.googleapis.com/b9/98/3c/5f0d7be2283729/EP2839840A1.pdf

 

PENERBITAN UMUM MENGENAI VAKSIN BERASASKAN VEKTOR ADENOVIRAL

Future Prospects for the Development of Cost-Effective Adenovirus Vaccines. By Cyrielle Fougeroux and Peter J. Holst - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5412272/

Repurposing Adenoviruses as Vectors for Vaccines. - https://thenativeantigencompany.com/repurposing-adenoviruses-as-vectors-for-vaccines/

Burmistrova DA, Tillib SV, Shcheblyakov DV, et al. Genetic Passive Immunization with Adenoviral Vector Expressing Chimeric Nanobody-Fc Molecules as Therapy for Genital Infection Caused by Mycoplasma hominis. PLoS One. 2016 - https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0150958

Shcherbinin DN, Esmagambetov IB, Noskov AN, et al. Protective Immune Response against Bacillus anthracis Induced by Intranasal Introduction of a Recombinant Adenovirus Expressing the Protective Antigen Fused to the Fc-fragment of IgG2a. Acta Naturae. 2014 - http://actanaturae.ru/2075-8251/article/view/10566/370Tutykhina I, Esmagambetov I, Bagaev A, et al. Vaccination potential of B and T epitope-enriched NP and M2 against Influenza A viruses from different clades and hosts. Published 2018 Jan 29. - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5788337/

Tutykhina IL, Sedova ES, Gribova IY, et al. Passive immunization with a recombinant adenovirus expressing an HA (H5)-specific single-domain antibody protects mice from lethal influenza infection. Antiviral Res. 2013;97(3):318-328. doi:10.1016/j.antiviral.2012.12.021 - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23274786/

Tutykhina IL, Logunov DY, Shcherbinin DN, et al. Development of adenoviral vector-based mucosal vaccine against influenza. 2011. J Mol Med (Berl). - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21104066/

Paten antarabangsa:

Patent WO2013129961A1 Recombinant trivalent vaccine against human influenza. - https://patentimages.storage.googleapis.com/b9/98/3c/5f0d7be2283729/EP2839840A1.pdf

 

PENERBITAN UMUM MENGENAI VAKSIN BERASASKAN VEKTOR ADENOVIRAL

Future Prospects for the Development of Cost-Effective Adenovirus Vaccines. By Cyrielle Fougeroux and Peter J. Holst - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5412272/

Repurposing Adenoviruses as Vectors for Vaccines. - https://thenativeantigencompany.com/repurposing-adenoviruses-as-vectors-for-vaccines/

Burmistrova DA, Tillib SV, Shcheblyakov DV, et al. Genetic Passive Immunization with Adenoviral Vector Expressing Chimeric Nanobody-Fc Molecules as Therapy for Genital Infection Caused by Mycoplasma hominis. PLoS One. 2016 - https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0150958

Shcherbinin DN, Esmagambetov IB, Noskov AN, et al. Protective Immune Response against Bacillus anthracis Induced by Intranasal Introduction of a Recombinant Adenovirus Expressing the Protective Antigen Fused to the Fc-fragment of IgG2a. Acta Naturae. 2014 - http://actanaturae.ru/2075-8251/article/view/10566/370

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!