Kerjasama dengan saintis

JEMPUTAN UNTUK SAINTIS DAN INSTITUSI SAINTIFIK UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PENYELIDIKAN DATA DUNIA SEBENAR/BUKTI DUNIA SEBENAR (RWD/RWE) TENTANG KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN VAKSIN KORONAVIRUS

Russian Direct Investment Fund (Dana Pelaburan Langsung Rusia) menjemput para penyelidik antarabangsa dan institusi saintifik bebas untuk bekerjasama dengan kajian dunia sebenar bagi keselamatan dan keberkesanan vaksin koronavirus, termasuk Sputnik V, Sputnik Light dan lain-lain.

Topik kajian penting:

  • Kajian dunia sebenar tentang keselamatan dan keberksanan Sputnik V dan Sputnik Light;
  • Analisis faktor keberkesanan;
  • Analisis perbandingan bagi data dunia sebenar tentang keselamatan dan keberkesanan Sputnik V, Sputnik Light dan vaksin lain;
  • Analisis bagi data dunia sebenar tentang keselamatan dan keberkesanan Sputnik Light sebagai penggalak (booster).

Pemohon yang menjalankan atau merancang untuk memulaian penyelidikan saintifik dalam bidang yang disebutkan di atas dijemput untuk menghubungi RDIF dan menerangkan bidang minat dan usul kerjasama khusus melalui [email protected]

HUBUNGI KAMI
Sputnik V vaccine Sputnik V vaccine

Memantau dan menganalisis hasil daripada penggunaan vaksin Sputnik V dan Sputnik Light dan juga penyelidikan saintifik adalah keutamaan untuk RDIF sebagai pelabur dalam pembangunan dan promosi antarabangsa untuk vaksin ini. Dana tersebut berminat untuk mengembangkan pengetahuan saintis Rusia dan antarabangsa, dan juga meningkatkan kesedaran umum berkenaan data dunia sebenar tentang keselamatan dan keberkesanan Sputnik V, Sputnik Light dan vaksin lain.

Vaksin Sputnik V dua dos ialah vaksin pertama dalam dunia yang didaftarkan untuk melawan koronavirus. Vaksin tersebut ialah vaksin pertama berdasar pendekatan penggalakan heterogen ("koktel vaksin" menggunakan adenovirus manusia serotip 26 sebagai komponen pertama dan adenovirus manusia serotip 25 sebagai komponen kedua). Dengan mengambil kira kejayaan pendekatan ini untuk memastikan imuniti yang stabil dan jangka panjang daripada jangkitan koronavirus baharu, RDIF adalah yang pertama dalam dunia untuk memulakan perkongsian dengan pengeluar dan untuk menjalankan penyelidikan bersama terhadap gabungan komponen pertama Sputnik V dengan vaksin asing.

Vaksin Sputnik Light satu dos ialah komponen pertama (adenovirus manusia rekombinan serotip 26 (rAd26) daripada vaksin Sputnik V.

RDIF menggalakkan secara aktif kerjasama dan jaringan komuniti saintifik antarabangsa tentang vaksin Sputnik V. Pada bulan Januari 2021, RDIF dan Gamaleya Center telah menubuhkan Lembaga Saintifik Antarabangsa tentang vaksin Sputnik V, menghimpukan para saintis unggul dalam bidang virologi, mikrobiologi dan imunologi dari Argentina, Britain, Croatia, Perancis, Jerman, India, Sweden, USA dan Rusia.

Kajian berdasarkan analisis penggunaan vaksin Sputnik V dan Sputnik Light telah diterbitkan dalam jurnal perubatan semakan rakan setara antarabangsa yang unggul: The Lancet, EClinical Medicine (yang diterbitkan oleh The Lancet), Vaccines, Cell Reports Medicine.

RDIF mengendorskan penerbitan kajian bebas baharu berkenaan hasil vaksinasi dengan Sputnik V dan Sputnik Light pada penduduk umum di seluruh dunia dalam jurnal perubatan yang unggul.

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!