Bilik berita

Vaksin Sputnik V di India

India telah menjadi negara ke-60 yang meluluskan Sputnik V

Sputnik V ialah menjadi satu daripada hanya tiga vaksin yang didaftarkan di India

Vaksin Rusia telah diluluskan untuk digunakan di dalam negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 3 bilion orang

Moscow, 12 April 2021 – Russian Direct Investment Fund (RDIF, dana kekayaan berdaulat Rusia) mengumumkan bahawa Jeneral Pengawal Dadah India (DCGI) telah meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V Rusia untuk membasmi koronavirus di negara tersebut. India telah menjadi negara yang ke-60 untuk meluluskan Sputnik V.

Sputnik V ialah satu daripada hanya tiga vaksin yang didaftarkan oleh pihak kawal atur India.

India ialah negara yang paling padat untuk mendaftarkan vaksin Rusia. Jumlah penduduk daripada 60 negara yang telah meluluskan penggunaan Sputnik V ialah 3 bilion orang atau kira-kira 40% daripada penduduk global.

Vaksin tersebut telah didaftarkan di India di bawah prosedur pengesahan kegunaan kecemasan berdasarkan keputusan percubaan klinikal di Rusia dan juga data positif daripada percubaan klinikal tempatan Fasa III tambahan di India yang dijalankan dengan kerjasama Dr. Reddy's Laboratories.

India ialah hab pengeluaran utama untuk Sputnik V. RDIF telah mencapai persetujuan dengan syarikat farmaseutikal peneraju di negara tersebut (Gland Pharma, Hetero Biopharma, Panacea Biotec, Stelis Biopharma, Virchow Biotech) yang bertujuan untuk mengeluarkan lebih daripada 850 juta dos setahun.

Sputnik V berada dalam kedudukan kedua antara vaksin koronavirus pada peringkat global dari segi bilangan kelulusan yang dikeluarkan oleh pengawal atur kerajaan.

Sputnik V juga telah diluluskan di Rusia, Belarus, Argentina, Bolivia, Serbia, Algeria, Palestin, Venezuela, Paraguay, Turkmenistan, Hungary, UAE, Iran, Republik Guinea, Tunisia, Armenia, Mexico, Nicaragua, Republika Srpska (entiti Bosnia dan Herzegovina), Lubnan, Myanmar, Pakistan, Mongolia, Bahrain, Montenegro, Saint Vincent dan Grenadines, Kazakhstan, Uzbekistan, Gabon, San-Marino, Ghana, Syria, Kyrgyzstan, Guyana, Mesir, Honduras, Guatemala, Moldova, Slovakia, Angola, Republik Congo, Djibouti, Sri Lanka, Laos, Iraq, Macedonia Utara, Kenya, Maghribi, Jordan, Namibia, Azerbaijan, Filipina, Cameroon, Seychelles, Mauritius, Vietnam, Antigua dan Barbuda, Mali dan Panama.

Kirill Dmitriev, CEO bagi Russian Direct Investment Fund, berkata:

“Kami menghargai keputusan badan kawal selia India untuk memberikan kebenaran bagi Sputnik V. Kelulusan vaksin merupakan batu penanda utama kerana Rusia dan India telah membangunkan kerjasama yang meluas bagi percubaan klinikal Sputnik V di India dan pengeluaran tempatannya.

Vaksin Rusia mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 91.6% dan memberikan perlindungan penuh daripada kes teruk COVID-19 seperti yang ditunjukkan oleh data yang diterbitkan dalam satu daripada jurnal perubatan yang terunggul, The Lancet.

India ialah hab pengeluaran vaksin dan rakan kongsi strategik kami untuk pengeluaran Sputnik V. RDIF telah mencipta perkongsian dengan beberapa syarikat farmaseutikal peneraju India untuk pengeluaran Sputnik V yang akan memberikan kedua-dua vaksinasi kepada penduduk di India dan pengagihan global vaksin Rusia tersebut. Lebih 850 juta dos Sputnik V akan dihasilkan di India setiap tahun yang cukup untuk memvaksin lebih daripada 425 juta orang di seluruh dunia."

Sputnik V mempunyai beberapa kelebihan penting:

  • Keberkesanan Sputnik V adalah 91.6% sebagaimana yang telah disahkan oleh data yang diterbitkan dalam the Lancet, salah satu daripada jurnal perubatan yang tertua dan paling dihormati dalam dunia; vaksin ini adalah satu daripada hanya tiga vaksin di dalam dunia yang mempunyai keberkesanan yang melebihi 90%; Sputnik V menyediakan perlindungan penuh daripada kes COVID-19 yang teruk.

  • Vaksin Sputnik V adalah berdasarkan platform yang terbukti dan platform vektor adenovirus manusia yang dikaji dengan baik, yang menyebabkan selesema biasa dan telah ada selama beribu-rubu kali.

  • Sputnik V menggunakan dua vektor yang berbeza untuk dua suntikan dalam tempoh pemvaksinan, menyediakan imuniti dengan tempoh masa yang lebih daripada vaksin yang menggunakan mekanisme penghantaran yang sama untuk kedua-dua suntikan.

  • Keselamatan, keberkesanan dan ketiadaan kesan jangka panjang negatif daripada vaksin adenovirus telah dibuktikan oleh lebih daripada 250 kajian klinikal sepanjang dua dekad.

  • Tiada alahan kuat yang berpunca daripada Sputnik V.

  • Suhu penyimpanan Sputnik V pada suhu +2+8 C vaksin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk konvensional tanpa apa-apa keperluan untuk melabur dalam infrastruktur rantaian sejuk tambahan.

  • Harga Sputnik V adalah kurang daripada $10 bagi setiap suntikan, menjadikannya mampu dimiliki di seluruh dunia.

***

Russian Direct Investment Fund (RDIF) ialah dana kekayaan berdaulat Rusia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membuat pelaburan bersama ekuiti secara utamanya di Rusia, bersama-sama pelabur kewangan dan strategik antarabangsa yang bereputasi. RDIF bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan langsung dalam ekonomi Rusia. Syarikat pengurusan RDIF terletak di Moscow. Pada masa ini, RDIF telah mengalami pelaksanaan bersama yang berjaya daripada lebih 80 projek dengan rakan kongsi asing yang berjumlah lebih daripada RUB2 tn dan meliputi 95% daripada rantau Persekutuan Rusia. Syarikat portfolio RDIF menggajikan lebih daripada 800,000 orang dan menjana hasil yang bersamaan dengan lebih daripada 6% daripada GDP Rusia. RDIF telah mewujudkan perkongsian strategik bersama dengan pelabur bersama antarabangsa maju dari lebih daripada 18 negara dengan jumlah lebih daripada $40 bn. Maklumat lanjut boleh didapati rdif.ru

Untuk hubungan maklumat tambahan:

Alexey Urazov
Russian Direct Investment Fund
Pengarah Komunikasi Luar

Telefon bimbit: +7 915 312 76 65
E-mail: [email protected]

Andrew Leach / Maria Shiryaevskaya
Hudson Sandler

Tel: +44 (0) 20 7796 4133

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!