Bilik berita

Kelompok pertama 300,000 dos vaksin Sputnik V telah dihantar ke Argentina

Penghantaran ini adalah satu penghantaran vaksin COVID yang terbesar ke negara Amerika Latin

Moscow, 24 Disember 2020 – Russian Direct Investment Fund (RDIF, dana kekayaan berdaulat Rusia) mengumumkan penghantaran kelompok pertama 300,000 dos daripada Sputnik V, vaksin pertama dalam dunia yang didaftarkan daripada koronavirus, ke Argentina.

Penghantaran ini adalah sebahagian daripada jumlah isi padu bekalan 10 juta dos yang dipersetujui oleh RDIF dan Kerajaan Argentina pada 10 Disember 2020. Pada 23 Disember, Pentadbiran Kebangsaan Ubat, Makanan dan Alat Perubatan (ANMAT) telah membenarkan Sputnik V untuk penggunaan kecemasan dan meluluskan penggunaan vaksin tersebut di negara itu.

Bekalan 300,000 dos ke Argentina adalah satu daripada kiriman tunggal vaksin COVID yang terbesar ke mana-mana negara di Amerika Latin.

Sputnik V mempunyai set parameter unik yang menjadikannya salah satu vaksin yang paling berdaya saing pada peringkat global. Pada 14 Disember, Pusat Kebangsaan Gamaleya dan RDIF mengumumkan keputusan analisis titik kawalan akhir data yang diperoleh 21 hari selepas memberikan dos pertama kepada sukarelawan. Keberkesanan vaksin tersebut ialah 91.4%. Pengiraan adalah berdasarkan analisis data sukarelawan (n = 22,714) yang menerima kedua-dua dos pertama dan kedua vaksin Sputnik V atau plasebo pada titik kawalan ketiga dan akhir bagi 78 kes yang disahkan mengikut protokol percubaan klinikal Fasa III. Vaksin tersebut telah disahkan sangat berkesan, pada kadar melebihi 90%, pada ketiga-tiga titik kawalan percubaan klinikal (20, 39 dan 78 kes jangkitan koronavirus novel yang disahkan dalam kalangan sukarelawan dalam kedua-dua kumpulan plasebo dan dalam kumpulan yang menerima vaksin tersebut).

Vaksin telah menunjukkan 100% keberkesanan daripada kes koronavirus yang teruk. Terdapat 20 kes jangkitan koronavirus yang teruk dalam kes yang disahkan dalam kumpulan plasebo dan tiada kes yang teruk dalam kumpulan vaksin.

Kos bagi satu dos ialah kurang daripada $10 untuk pasaran antarabangsa dan pengeluaran bentuk terliofil (kering) vaksin, yang disimpan pada suhu +2 hingga +8 darjah Celsius, membolehkan vaksin untuk diedarkan dengan mudah ke pasaran antarabangsa.

Kirill Dmitriev, CEO bagi Russian Direct Investment Fund, mengulas:

“Penghantaran vaksin Sputnik V ke Argentina adalah contoh kerjasama yang hebat antara negara-negara kami dan detik yang benar-benar bersejarah. Seluruh negara menyaksikan pesawat yang membawa kelompok pertama vaksin Sputnik V yang mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza pada hari Sebelum Krismas dengan harapan besar bahawa ini akan menjadi permulaan baharu era bebas COVID. V dalam nama vaksin kami bermakna Kejayaan dan kami mendoakan rakyat Argentina kejayaan yang muktamad melawan penyakit ini.

Argentina menjadi negara pertama di Amerika Latin untuk membenarkan secara rasmi penggunaan vaksin Sputnik V. Penghantaran 300,000 dos akan membolehkan rakan kongsi kami di Argentina untuk memulakan pemvaksinan skala besar-besaran sebelum akhir tahun 2020. Sputnik V telah digunakan untuk pemvaksinan di Rusia dan kami menyokong keputusan Kerajaan Argentina untuk menyertakan vaksin kami dalam portfolio negara bagi alatan anti-COVID kerana Sputnik V adalah berdasarkan vektor adenoviral manusia yang selamat dan telah dikaji dengan baik yang terbukti berkesan sejak berabad lamanya”.

***

Russian Direct Investment Fund (RDIF) ialah dana kekayaan berdaulat Rusia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membuat pelaburan bersama ekuiti secara utamanya di Rusia, bersama-sama pelabur kewangan dan strategik antarabangsa yang bereputasi. RDIF bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan langsung dalam ekonomi Rusia. Syarikat pengurusan RDIF terletak di Moscow. Pada masa ini, RDIF telah mengalami pelaksanaan bersama yang berjaya daripada lebih 80 projek dengan rakan kongsi asing yang berjumlah lebih daripada RUB1.9 tn dan meliputi 95% daripada rantau Persekutuan Rusia. Syarikat portfolio RDIF menggajikan lebih daripada 800,000 orang dan menjana hasil yang bersamaan dengan lebih daripada 6% daripada GDP Rusia. RDIF telah mewujudkan perkongsian strategik bersama dengan pelabur bersama antarabangsa maju dari lebih daripada 18 negara dengan jumlah lebih daripada $40 bn. Maklumat lanjut boleh ditemukan di rdif.ru

Untuk hubungan maklumat tambahan:

Arseniy Palagin
Russian Direct Investment Fund

Setiausaha Akhbar
Tel: +7 495 644 34 14, sambgn. 2395
Mudah alih: +7 916 110 31 41
E-mel: [email protected]

Andrew Leach / Maria Shiryaevskaya
Hudson Sandler

Tel: +44 (0) 20 7796 4133

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!