Bilik berita

Rusia ialah pengeluar vaksin yang paling dipercayai, dengan Sputnik V merupakan vaksin yang paling diiktiraf, mengikut undian YouGov

Moscow, 24 Mac 2021 – The Russian Direct Investment Fund (RDIF, dana kekayaan berdaulat Rusia), mengumumkan tinjauan YouGov dengan 9.417 responden dari 9 negara tentang keutamaan vaksin mereka dan negara pilihan mereka dari segi pengeluaran vaksin.

Mengikut tinjauan tersebut, 54% daripada responden yang memilih sebuah negara yang mereka percayai untuk mengeluarkan vaksin, menganggap Rusia sebagai pengeluar vaksin yang paling dipercayai bersama-sama dengan AS dan meninggalkan UK di belakang, apabila diminta untuk memilih 3 negara yang paling mereka percayai untuk mengeluarkan vaksin. Sputnik V, vaksin pertama dalam dunia yang didaftarkan untuk melawan koronavirus, adalah salah satu yang paling diiktiraf – lebih 7 dalam 10 (74%) daripada mereka yang mengambil tinjauan tersebut elah mendengar tentang vaksin Rusia. Sputnik V juga adalah antara vaksin Teratas 2 yang diutamakan, sejurus selepas vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer/BioNTech.

Tinjauan telah dijalankan antara bulan 18 Februari dan 3 Mac oleh YouGov, syarikat peneraju yang berpangkalan di UK dalam penyelidikan pasaran dan analitik data di Asia, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah. Penduduk India, Brazil, Mexico, Filipina, Vietnam, Argentina, Algeria, UAE dan Serbia menyertai undian itu. Lebih daripada 2 bilion orang, atau lebih 25% daripada penduduk dunia, tinggal di negara-negara ini.

Dapatan utama undian tersebut:

  • Rusia didapati negara pengeluar vaksin yang paling dipercayai, bersama-sama AS dan meninggalkan UK di belakang, apabila diminta untuk memilih 3 negara yang paling mereka percayai untuk mengeluarkan vaksin.

  • Satu daripada tiga responden (33%) daripada mereka yang telah membuat pilihan mereka, lebih memilih untuk divaksin dengan Sputnik V.

  • Ini ialah vaksin kedua paling diutamakan selepas vaksin Pfizer/BioNTech (37%).

  • Sputnik V ialah vaksin yang paling diiktiraf: 74% daripada yang menjawab tinjauan telah pernah mendengar tentang vaksin Rusia; Pfizer/BioNTech berada di tempat kedua (69%), manakala AstraZeneca (University of Oxford) berada di kedudukan ketiga 60%.

  • Hampir separuh (47%) daripada responden yang telah membuat pilihan mereka hanya mempertimbangkan tahap keberkesanan vaksin minimum sebanyak 90% atau lebih boleh diterima untuk vaksinasi mereka (contohnya, Sputnik V, yang mempunyai keberkesanan yang terbukti sebanyak 91.6%).

  • Bilangan responden yang besar (84%) bersedia untuk menundakan vaksinasi mereka dengan vaksin yang kurang berkesan sebanyak kira-kira 60%, untuk vaksin dengan keberkesanan yang lebih tinggi sebanyak lebih daripada 90%.

  • 77 peratus daripada responden percaya bahawa kerjaan hendaklah memberikan akses yang sama rata kepada semua vaksin yang berbeza untuk penduduk dan memberikan semua orang pilihan tentang vaksin untuk digunakan.

Kirill Dmitriev, CEO bagi Russian Direct Investment Fund, mengulas:
“Keputusan daripada tinjauan YouGov dalam pelbagai bahagian dunia ini sekali lagi menunjukkan keyakinan yang tinggi daripada responden di Rusia sebagai pengeluar vaksin dan dalam vaksin Sputnik V. Disebabkan oleh pencapaian luar biasa sains Rusia, vaksin Sputnik V telah menyelamatkan nyawa di seluruh dunia kerana vaksin ini telah diluluskan untuk digunakan di lebih daripada 50 negara. Vaksin ini mempunyai beberapa manfaat penting, termasuk tahap keberkesanan sebanyak 91.6%, yang disahkan oleh jurnal perubatan peneraju, The Lancet, dan juga terbukti sebagai platform vektor adenovirus manusia yang selamat, logistik rantai bekalan dan kebolehmampuan yang menarik, menjadikan Sputnik V satu daripada vaksin terbaik dalam dunia."

***

Russian Direct Investment Fund (RDIF) ialah dana kekayaan berdaulat Rusia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membuat pelaburan bersama ekuiti secara utamanya di Rusia, bersama-sama pelabur kewangan dan strategik antarabangsa yang bereputasi. RDIF bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan langsung dalam ekonomi Rusia. Syarikat pengurusan RDIF terletak di Moscow. Pada masa ini, RDIF telah mengalami pelaksanaan bersama yang berjaya daripada lebih 80 projek dengan rakan kongsi asing yang berjumlah lebih daripada RUB2 tn dan meliputi 95% daripada rantau Persekutuan Rusia. Syarikat portfolio RDIF menggajikan lebih daripada 800,000 orang dan menjana hasil yang bersamaan dengan lebih daripada 6% daripada GDP Rusia. RDIF telah mewujudkan perkongsian strategik bersama dengan pelabur bersama antarabangsa maju dari lebih daripada 18 negara dengan jumlah lebih daripada $40 bn. Maklumat lanjut boleh ditemukan di rdif.ru

Untuk hubungan maklumat tambahan:

Alexey Urazov
Russian Direct Investment Fund
Pengarah Komunikasi Luar
Telefon bimbit: +7 915 312 76 65
E-mel: [email protected]

Andrew Leach / Maria Shiryaevskaya
Hudson Sandler
Tel: +44 (0) 20 7796 4133

Semua angka, melainkan dinyatakan sebaliknya, adalah daripada YouGov Plc. Jumlah saiz sampel ialah 9.417 orang dewasa di India (1,022), Brazil (1,006), Mexico (1,009), Filipina (1,127), Vietnam (1,112), Argentina (1,002), Algeria (1,085), UAE (1,054) dan Serbia (1,000). Kerja lapangan telah dijalankan antara 18 Februari – 3 Mac 2021. Tinjauan ini telah dijalankan secara dalam talian.

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!