Testimoni

Marie-Paule Kieny
Pengarah Penyelidikan di INSERM

…penerbitan penyelidikan Institut Gamaleya menyokong data Russian Direct Investment Fund (RDIF) tentang keberkesanan Sputnik V terhadap jangkitan koronavirus.

Hugo Pizzi
Pakar Penyakit Berjangkit, Pakar Epidemiologi, Sarjanah dalam Kesihatan Awam dan Profesor di National University of Córdoba.

Jadi, dengan mempunyai 2 jenis vektor virus yang berbeza akan membolehkan pengimunan orang menjadi semakin orang dengan lebih kuat. Kini, dunia telah mula berusaha untuk melihat sama ada dos kedua bagi satu jenama boleh digabungkan dengan dos pertama daripada jenama lain tetapi, secara umum, saya yakin bahawa kami hendaklah menghormati pencitanya.

Gaeqa Saeed Al-Saleh
Menteri Kesihatan Bahrain

Data kami mengesahkan keberkesanan dan keselamatan tinggi Sputnik V semasa penggunaannya di Bahrain. Vaksin ini ialah salah satu daripada beberapa vaksin yang diluluskan yang disediakan secara percuma kepada rakyat dan peduduk di Kerajaan tersebut.

Mohammed Ahmed Al-Jaber
Duta UAE ke Rusia

Fasa akhir penyelidikan dan percubaan klinikal menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin Sputnik V adalah 91.4%, dan di samping peratus vaksin tersebut mencegah kes teruk adalah 100%. Dari hari pertama pandemik, Rusia dan UAE telah menekankan kepentingan usaha bersama untuk mencegah koronavirus daripada tersebar.

Gulyás Gergely
Ahli National Assembly of Hungary (Persatuan Kebangsaan Hungary)

Keputusan semua ujian akan diumumkan. Walau bagaimanapun, mengikut data yang tersedia hari ini, keputusan vaksinasi (dalam kes sesetengah vaksin — dalam jumlah lebih setengah juta dos, dan dalam kes lain — dalam jumlah satu juta dos) menunjukkan bahawa vaksin Sinopharm adalah lebih baik daripada Pfizer, tetapi Sputnik adalah yang terbaik.

Peter Altmaier
Kementerian Ekonomi

Kedua-dua Jerman dan Rusia, dengan Biontech dan Sputnik V, adalah antara perintis dalam pembangunan vaksin terhadap korona. Sememangnya, Sputnik V mesti diluluskan dalam Kesatuan Eropah.

Alberto Fernández
Presiden Argentina

Kami sangat teruja tentang kemungkinan mengeluarkan Sputnik V di Argentina, vaksin yang kami gunakan untuk melindungi sebahagian besar penduduk kami dan memperoleh hasil yang baik. Usaha ini akan menjadi peluang besar untuk maju dalam membanteras pandemik bukan sahaja di Argentina, bahkan juga di Amerika Latin.

Dr Naor Bar-Zeev
Pusat Akses Vaksin Antarabangsa, Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, AS

Dr. Tom Inglesby
Pengarah Pusat Keselamatan Kesihatan bagi Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg

Kedua-dua kajian Logunov dan rakan-rakan mempunyai beberapa kekuatan. Pertama, adenovirus sentiasa ada, jadi manusia mungkin tidak naif secara imunologi. Kekuatan kedua merupakan nilai ambang untuk proses peneutralan yang digunakan dalam kedua-dua kajian. Kekuatan ketiga adalah vaksin yang sama seperti yang sebelum ini mencetuskan gerak balas imun yang luas. Walaupun tidak dibincangkan dengan khusus, keputusannya membayangkan gerak balas terwajar 1 sel T penolong yang mungkin penting untuk keselamatan vaksin, berpotensi mengurangkan risiko penyakit peningkatan yang bergantung pada antibodi. Kekuatan keempat merupakan pembangunan dua formulasi vaksin, sejuk beku dan ‘lyophilised’. Formulasi ‘lyophilised’ boleh bermaksud kestabilan dalam rangkaian sejuk vaksin global sedia ada yang diperlukan untuk mengekalkan keberkesanan vaksin dari kilang ke penerima, rintangan yang belum ditangani vaksin-vaksin lain. Walaupun lebih mahal untuk dikeluarkan pada skala besar, kestabilan produk akan memaksimumkan capaian di kawasan terpencil, sesuatu yang perlu jika ingin mencapai perlindungan universal dan adil.

Prof Nadey Hakim
Naib Presiden Palang Merah Britain, Naib Presiden Akademi Sains Perubatan Antarabangsa

Keputusan percubaan klinikal vaksin Rusia Sputnik V telah menunjukkan hasil mengagumkan yang kini telah diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa. Vaksin tersebut terbukti selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serius yang dikenal pasti dan menggunakan platform terbukti berasaskan vektor adenovirus manusia yang kini merupakan mekanisme paling selamat untuk memasukkan kod genetik bulir virus ke dalam tubuh manusia. Pendekatan ini telah dikaji dengan teliti bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Rusia mempunyai rekod prestasi yang lama dan berjaya dalam membangunkan vaksin dan kekal mendahului dalam bidang ini di peringkat global. Kami berharap vaksin ini akan tersedia tidak lama lagi di seluruh dunia untuk membantu menghentikan wabak yang memusnahkan ini dan membolehkan orang ramai kembali ke kehidupan normal.

Dr Muhammad Munir
Pensyarah dalam Virologi Molekul di Universiti Lancaster

Terdapat ciri-ciri yang membuatkan Sputnik V calon yang baik. Idea penggunaan dua adenovirus berbeza sebagai vektor adalah lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin di barisan hadapan. Umumnya, sistem imun menganggap protein vektor sebagai antigen yang serupa dengan protein S SARS-CoV-2, jadi sistem imun membangkitkan gerak balas imun terhadap protein itu juga. Jika orang diberikan imunisasi semula (sebagai dos kedua atau vaksin ulangan), imuniti sedia ada boleh menjejaskan keberkesanan dos kedua vaksin. Menggunakan vektor dengan sifat yang berbeza, seperti dalam Sputnik V akan mengelakkan masalah ini.

Mesej berjaya dihantar!

Anda melanggan berita kami
Terima kasih!