Data peribadi anda akan diproses mengikut dasar privasi
06.05.2021 Press release
30.04.2021 Press release
07.02.2022, Voice Of ASEAN
21.01.2022, Malaysiakini
25.12.2021, Asian News Network
Russian Direct Investment Fund (Dana Pelaburan Langsung Rusia) menjemput para penyelidik antarabangsa dan institusi saintifik bebas untuk bekerjasama dengan kajian dunia sebenar bagi keselamatan dan keberkesanan vaksin koronavirus, termasuk Sputnik V, Sputnik Light dan lain-lain.
Pada ulang tahun pertama data rasmi pendaftaran Sputnik V daripada negara-negara yang unggul mengesahkan profil keselamatan dan keberkesanan vaksin yang tinggi.
Keselamatan dan keberkesanan Sputnik V dan Sputnik Light telah disahkan oleh banyak penerbitan dalam jurnal saintifik antarabangsa terkemuka termasuk The Lancet and Vaccines.
Penggunaan teknologi vektor adenovirus untuk vaksin vektor telah mendapat momentum sejak tahun 1980-an, dan ia selamat serta berkesan dan terbukti dalam pelbagai kajian.
Pusat Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya adalah institusi penyelidikan terkemuka di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1891.
Pusat ini menguruskan salah satu “pustaka virus” yang unik di dunia dan mempunyai kemudahan pengeluaran vaksinnya tersendiri. Pusat Penyelidikan Gamaleya baru-baru ini telah menerima paten antarabangsa untuk vaksin Ebola menggunakan vektor adenovirus.
Vaksin ini telah menerima sijil pendaftaran daripada Kementerian Kesihatan Rusia dan di bawah peraturan kecemasan yang diguna pakai semasa pandemik COVID-19, ia dapat digunakan untuk memvaksin penduduk di Rusia. Sputnik V ialah satu daripada tiga vaksin di dalam dunia yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Keberkesanan Sputnik V telah disahkan melalui data yang telah disemak oleh kelompok setara peringkat antarabangsa yang diterbitkan dalam The Lancet.
Rusia terbuka kepada kerjasama antarabangsa dalam memerangi ancaman global pandemik COVID-19 dan epidemik lain pada masa depan. Kami sedang bekerjasama secara aktif dengan lebih 14 negara yang menghasilkan vaksin kami di luar negara, termasuk India, China, Brazil, Mexico, Mesir, Iran, Itali, Korea Selatan, Argentina, Kazakhstan, Republik Belarus, Serbia, Turki, Vietnam, dsb. Kami tidak sabar untuk menerima rakan kongsi baharu yang bersedia untuk menyertai inisiatif ini dan membantu kami menyelamatkan nyawa.
Marie-Paule Kieny Pengarah Penyelidikan di INSERM
…penerbitan penyelidikan Institut Gamaleya menyokong data Russian Direct Investment Fund (RDIF) tentang keberkesanan Sputnik V terhadap jangkitan koronavirus.
Hugo Pizzi Pakar Penyakit Berjangkit, Pakar Epidemiologi, Sarjanah dalam Kesihatan Awam dan Profesor di National University of Córdoba.
Jadi, dengan mempunyai 2 jenis vektor virus yang berbeza akan membolehkan pengimunan orang menjadi semakin orang dengan lebih kuat. Kini, dunia telah mula berusaha untuk melihat sama ada dos kedua bagi satu jenama boleh digabungkan dengan dos pertama daripada jenama lain tetapi, secara umum, saya yakin bahawa kami hendaklah menghormati pencitanya.
Gaeqa Saeed Al-Saleh Menteri Kesihatan Bahrain
Data kami mengesahkan keberkesanan dan keselamatan tinggi Sputnik V semasa penggunaannya di Bahrain. Vaksin ini ialah salah satu daripada beberapa vaksin yang diluluskan yang disediakan secara percuma kepada rakyat dan peduduk di Kerajaan tersebut.
Mohammed Ahmed Al-Jaber Duta UAE ke Rusia
Fasa akhir penyelidikan dan percubaan klinikal menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin Sputnik V adalah 91.4%, dan di samping peratus vaksin tersebut mencegah kes teruk adalah 100%. Dari hari pertama pandemik, Rusia dan UAE telah menekankan kepentingan usaha bersama untuk mencegah koronavirus daripada tersebar.
Gulyás Gergely Ahli National Assembly of Hungary (Persatuan Kebangsaan Hungary)
Keputusan semua ujian akan diumumkan. Walau bagaimanapun, mengikut data yang tersedia hari ini, keputusan vaksinasi (dalam kes sesetengah vaksin — dalam jumlah lebih setengah juta dos, dan dalam kes lain — dalam jumlah satu juta dos) menunjukkan bahawa vaksin Sinopharm adalah lebih baik daripada Pfizer, tetapi Sputnik adalah yang terbaik.
Peter Altmaier Kementerian Ekonomi
Kedua-dua Jerman dan Rusia, dengan Biontech dan Sputnik V, adalah antara perintis dalam pembangunan vaksin terhadap korona. Sememangnya, Sputnik V mesti diluluskan dalam Kesatuan Eropah.
Alberto Fernández Presiden Argentina
Kami sangat teruja tentang kemungkinan mengeluarkan Sputnik V di Argentina, vaksin yang kami gunakan untuk melindungi sebahagian besar penduduk kami dan memperoleh hasil yang baik. Usaha ini akan menjadi peluang besar untuk maju dalam membanteras pandemik bukan sahaja di Argentina, bahkan juga di Amerika Latin.
Dr Naor Bar-Zeev Pusat Akses Vaksin Antarabangsa, Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, ASDr. Tom InglesbyPengarah Pusat Keselamatan Kesihatan bagi Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg
Kedua-dua kajian Logunov dan rakan-rakan mempunyai beberapa kekuatan. Pertama, adenovirus sentiasa ada, jadi manusia mungkin tidak naif secara imunologi. Kekuatan kedua merupakan nilai ambang untuk proses peneutralan yang digunakan dalam kedua-dua kajian. Kekuatan ketiga adalah vaksin yang sama seperti yang sebelum ini mencetuskan gerak balas imun yang luas. Walaupun tidak dibincangkan dengan khusus, keputusannya membayangkan gerak balas terwajar 1 sel T penolong yang mungkin penting untuk keselamatan vaksin, berpotensi mengurangkan risiko penyakit peningkatan yang bergantung pada antibodi. Kekuatan keempat merupakan pembangunan dua formulasi vaksin, sejuk beku dan ‘lyophilised’. Formulasi ‘lyophilised’ boleh bermaksud kestabilan dalam rangkaian sejuk vaksin global sedia ada yang diperlukan untuk mengekalkan keberkesanan vaksin dari kilang ke penerima, rintangan yang belum ditangani vaksin-vaksin lain. Walaupun lebih mahal untuk dikeluarkan pada skala besar, kestabilan produk akan memaksimumkan capaian di kawasan terpencil, sesuatu yang perlu jika ingin mencapai perlindungan universal dan adil.
Prof Nadey Hakim Naib Presiden Palang Merah Britain, Naib Presiden Akademi Sains Perubatan Antarabangsa
Keputusan percubaan klinikal vaksin Rusia Sputnik V telah menunjukkan hasil mengagumkan yang kini telah diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa. Vaksin tersebut terbukti selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serius yang dikenal pasti dan menggunakan platform terbukti berasaskan vektor adenovirus manusia yang kini merupakan mekanisme paling selamat untuk memasukkan kod genetik bulir virus ke dalam tubuh manusia. Pendekatan ini telah dikaji dengan teliti bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Rusia mempunyai rekod prestasi yang lama dan berjaya dalam membangunkan vaksin dan kekal mendahului dalam bidang ini di peringkat global. Kami berharap vaksin ini akan tersedia tidak lama lagi di seluruh dunia untuk membantu menghentikan wabak yang memusnahkan ini dan membolehkan orang ramai kembali ke kehidupan normal.
Dr Muhammad Munir Pensyarah dalam Virologi Molekul di Universiti Lancaster
Terdapat ciri-ciri yang membuatkan Sputnik V calon yang baik. Idea penggunaan dua adenovirus berbeza sebagai vektor adalah lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin di barisan hadapan. Umumnya, sistem imun menganggap protein vektor sebagai antigen yang serupa dengan protein S SARS-CoV-2, jadi sistem imun membangkitkan gerak balas imun terhadap protein itu juga. Jika orang diberikan imunisasi semula (sebagai dos kedua atau vaksin ulangan), imuniti sedia ada boleh menjejaskan keberkesanan dos kedua vaksin. Menggunakan vektor dengan sifat yang berbeza, seperti dalam Sputnik V akan mengelakkan masalah ini.
Prof Brendan Wren Profesor Patogenesis Mikrob, Sekolah Perubatan Kesihatan & Tropika London
Data mengenai kajian vaksin Rusia yang dilaporkan dalam Lancet adalah menggalakkan – menunjukkan keselamatan dan keimunogenan vaksin COVID-19 yang berasaskan adenovirus.
Polina Stepensky Pengerusi Jabatan Imunoterapi Barah dan Transplantasi Tulang Sumsum Tulang di hospital Hadassah, Israel
Pertama sekali saya patut ucapkan ‘Bravo!’ kepada ahli sains Rusia dan ahli profesional kesihatan Rusia. Kami sangat memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan pendekatan teknologi dan saintifik ini. Anda telah meraih kejayaan sebenar dalam bidang sains dan perubatan. Kami sangat bersyukur yang anda telah membuat kerja yang hebat. Betapa menakjubkan yang gerak balas imun humor yang stabil termasuk antara sel berjaya dihasilkan. Ini dicapai melalui penggunaan dua vektor berbeza yang menghantar ubat dan pada masa yang sama, menyelesaikan masalah kesan peneutralan yang mungkin semasa suntikan kedua. Kecekapan yang tinggi kedua-dua adenovirus terpilih telah dibuktikan. Oleh itu, platform yang digunakan oleh Institut Gamaleya merupakan platform yang betul. Kerja yang dilakukan mengilhamkan penghormatan yang hebat dan vaksin itu sendiri berbaloi untuk dikaji dan digunakan.
The Jerusalem Post
21.08.2020
Dr. Stephane Gayet Profesor di Universiti Strasbourg, doctor di Hospital Universiti Strasbourg
Ini merupakan vaksin yang berharga dan berkesan yang saya sendiri nanti-nantikan. Saya sangat berminat dengan kerja yang dilakukan oleh penyelidik Rusia. Saya tahu yang salah satu kaedah yang paling maju telah digunakan - kaedah vektor adenovirus.
Dr. Fabio Vilas-Boas Pinto Setiausaha Kesihatan Negeri Bahia
Kerajaan Negeri Bahia di Brazil berasa sangat senang hati dengan persetujuan yang ditandatangani dengan Dana Kekayaan Berdaulat Persekutuan Rusia yang akan menjamin akses kepada vaksin Sputnik V untuk rakyat Brazil, sebaik sahaja vaksin diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia negara Brazil. Oleh sebab vaksin ini dicipta menggunakan adenovirus manusia yang merupakan salah satu platform pembangunan vaksin yang paling selamat dan berkesan di dunia, kami percaya yang keputusan percubaan klinikal fasa 3 yang sedang berlangsung akan mengesahkan data yang diperhatikan dalam fasa 1 dan 2.
G V Prasad Pengerusi Bersama dan Pengarah Urusan Makmal Dr. Reddy
Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan RDIF untuk membawa vaksin ke India. Keputusan Fasa I dan II telah menunjukkan hasil dan kami akan melaksanakan percubaan Fasa III di India untuk memenuhi keperluan kawal selia di India. Vaksin Sputnik V boleh memberikan pilihan yang hebat dalam perjuangan kami melawan COVID 19 di India.
Shavkat Ismailov Pengerusi Kumpulan Syarikat LAXISAM
Kerjasama dengan RDIF untuk vaksin Sputnik V memainkan peranan yang penting. Vaksin ini dicipta oleh ahli sains Rusia berdasarkan penyelidikan saintifik dan klinikal yang maju.
Zhong Nanshan Pengarah Institut Penyakit Pernafasan Guangzhou, China
Saya sangat menghargai vaksin melawan COVID-19 yang telah dibangunkan oleh Pusat Gamaleya. Benarkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada negara anda kerana penyempurnaan prosedur pendaftaran negara. Vaksin adenovirus Rusia adalah selamat dan akan melengkapkan percubaan klinikalnya dengan berjaya.
RIA Novosti
20.08.2020
Hildegund Ertl Profesor, Pusat Vaksin & Imunoterapi di Institut Wistar di Philadelphia, AS
Mengikut apa yang saya lihat di luar sana, ini mungkin platform yang paling baik.
C&EN
12.05.2020
Ian Jones Profesor virologi di Universiti Reading, United Kingdom
Terdapat data latar belakang umum yang mencukupi tentang vaksin berasaskan adenovirus rekombinan untuk menganggap vaksin itu sendiri akan selamat pada dos biasa.
BusinessDay
Ashwani Mahajan Penganjur bersama kebangsaan dari Swadeshi Jagran Manch, India
Sebaik sahaja isu keberkesanan diselesaikan, kos akan menjadi isu yang penting. Pendapat saya bagi kedua-dua situasi, vaksin Rusia akan lulus ujian.
Sputnik
Denis Logunov Timbalan Pengarah untuk Penyelidikan Saintifik di Pusat Gamaleya
Keberkesanan vaksin Sputnik terhadap varian Delta melebih 90% sejak Sputnik V menunjukkan pengurangan yang lebih kecil dalam keberkesanan terhadap Delta daripada mana-mana vaksin lain yang telah menerbitkan keputusannya berhubung dengan varian Delta.
Interfax
29.06.2021
Kirill Dmitriev Kirill Dmitriev, CEO RDIF
Sputnik V menjadi vaksin pertama dalam dunia yang membuktikan tahap keberkesanan vaksin “cocktail”. Sputnik V sendiri ialah “cocktail” daripada dua komponen yang diadun dengan baik – vektor adenovirus Ad5 dan Ad26.
RBC
04.06.2021
Aleksandr Gintsburg Pengarah Pusat Penyelidikan Kebangsaan Gamaleya N. F. bagi Epidemiologi dan Mikrobiologi Kementerian Kesihatan Persekutuan Rusia
Antibodi yang dibentuk dengan menggunakan Sputnik V melindungi daripada semua strain yang diketahui hari ini – daripada strain Britsih hingga kepada varian Delta, iaitu varian dari India.
Gazeta.ru
20.06.2021
Kirill Dmitriev Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Langsung Rusia
"Ini adalah momen Sputnik... Orang Amerika terkejut ketika mereka mendengar bunyi bip Sputnik. Sama juga dengan vaksin ini. Rusia akan sampai ke sana terlebih dahulu," kata Kirill Dmitriev, ketua dana kekayaan negara Rusia yang membiayai penyelidikan vaksin Rusia, merujuk kepada kejayaan pelancaran satelit pertama di dunia pada tahun 1957 oleh Soviet Union.
CNN
29.07.2020
Alexander Gintsburg Pengarah Pusat Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan
Teknologi kami dipatenkan, unik dan dengan parameter yang saya sendiri yakin, melebihi kemampuan produk serupa yang dikembangkan di Barat <…> kemungkinan besar, sekiranya terdapat sebarang pinjaman, skim imunisasi kami akan dipinjam, dan kami berbesar hati untuk berkongsi penemuan kami dengan rakan sekerja, sekiranya mereka memerlukannya.
17.07.2020
Beberapa vaksin tidak akan bertindih antara satu sama lain. Berdasarkan pertimbangan umum, vaksinasi harus mempunyai jurang masa tertentu; dua hingga tiga minggu sudah agak mencukupi," kata pakar. "Sistem imun kita sangat pintar dan tempoh masa ini sudah cukup untuk ia memahami cara berkelakuan dengan baik berkenaan dengan antigen baharu yang diperkenalkan sebagai vaksin.
TASS
19.07.2020
Zarah-zarah yang kami gunakan untuk vaksinasi dibuat berdasarkan adenovirus. Ia bukanlah adenovirus hidup. Istilah 'hidup' ini terpakai untuk zarah-zarah yang boleh membiak sendiri. Virus yang dinyatakan tidak dapat membiak, jadi tidak perlu berasa takut yang ia akan membahayakan tubuh kita. Tiada faktor untuk ini.
05.08.2020
Denis Logunov Timbalan Pengarah Penyelidikan bagi Pusat Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan
Saya tidak menakluki pasaran — saya membangunkan rawatan. Dan saya perlukan rawatan saya baik dan berkesan. Siapa yang akan menggerakkannya dan bagaimana adalah penting, tetapi ia adalah perkara kedua. Anda tidak boleh menjadi ahli mikrobiologi atau ahli virologi sekarang dan menjauhi perkara ini.
Meduza
23.07.2020
Kirill Dmitriev CEO of the Russian Direct Investment Fund
Sudah tiba masanya untuk menghentikan perbahasan yang tidak berkesudahan mengenai kaedah paling berkesan untuk memerangi coronavirus. Mereka membahayakan kehidupan, dan juga ekonomi dunia. Negara-negara di seluruh dunia mesti bersama-sama menerapkan amalan terbaik—termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka, menjaga penjarakan sosial, dan berkongsi penyelesaian yang tersedia—sebelum terlambat. Dana kami sedang bekerjasama dengan banyak negara dalam bidang ini. Kami percaya bahawa hanya melalui pendekatan global yang bekerjasama sepenuhnya, pandemik ini dan pandemik di masa hadapan dapat ditangani dengan jayanya.
Newsweek
14.07.2020
Ia tidak benar untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya mewujudkan satu vaksin dari awal dalam masa yang singkat. Empat dekad telah berlalu sejak teknologi vektor adenoviral telah diperkenalkan dalam praktis. Sepanjang empat dekad ini, satu platform teknologi telah dicipta yang telah diuji ke atas puluhan ribu orang, kedua-duanya berdasarkan vektor serotip ke-5 dan ke-26. Sejak 2015, lebih daripada 3,000 orang telah divaksinasi dengan vaksin berasaskan vektor adenoviral yang dibangunkan di Pusat Gamaleya. Oleh itu, ia bukan satu usaha 5 bulan dalam apa-apa jua cara, tetapi kerja selama beberapa dekad.
17.08.2020
Felix Ershov Academician of the Russian Academy of Sciences
The creation of an effective coronavirus vaccine is a landmark event not only for Russian science and industry, but also for the entire world. The safety of the vaccine is guaranteed, since it employs a cold virus that is harmless to humans and does not contain the coronavirus itself, while only a part of its genetic code is present, thereby ruling out the possibility of infection. We have obtained an effective tool which is capable of winning the war against the pandemic!
Felix Ershov
11.08.2020
Mesej berjaya dihantar!